Dashboard | +Follow
Welcome, people.
Like A Paradise
Dewasa.
Sunday, March 18, 2012 • Sunday, March 18, 2012 • 0 comments

Its time, for me, to make changes, of myself. Dah tiba masa untuk aku lepaskan benda ni. I've never realized that actually, I'm holding grudge. Tak pernah sangka yang benda ni sebenarnya dendam. Aku ingatkan, aku benci kat si dia je. Rupanya dah jadi lebih parah. Patutlah aku tak pernah nak lepaskan segala benda yang dia buat. Apa dia buat, semua salah. Semua tak betul. Aku banyak tweet pasal keburukan si dia. Si dia memang pihak lawan aku, tapi itu dulu. Benda dah jadi nak dekat setengah tahun, but never get over it. I kept thinking about all those sin, yang dia buat. Padahal, semua benda tu berpunca drpd aku jugak. Agaknya aku sibuk dok salahkan orang, tuding jari ke pihak lawan, tapi salah sendiri tak pernah nak ambil tau & betulkan.

Memanglah si dia pernah jadi pihak ke tiga, aku tau kewujudan si dia bukan salah aku. Aku tetap takkan mengaku. Ramai orang kata sedemikian, tapi diorang taktau apa aku rasa. Aku rasa aku dah buat yang terbaik, memanglah kadang-kadang aku kasar sikit, tapi cara tu memang dah sebati dengan aku. Nanti aku jadi sarcastic, orang menyampah. Then I've to be myself. Lgpun dia memang dah sedia maklum dengan perangai aku, jadi kenapa tiba-tiba munculnya pihak ke tiga? Itu satu perkara yang memang aku terkilan. Tapi dia dah pun mintak maaf, aku pun dah maafkan. Tapi sebenarnya aku tak lepaskan perkara ni dengan ikhlas. Mulut kata sudah, hati kata tidak.

Aku memang niat nak dendam, tapi bila aku fikir balik, perkara dah lepas, dah jadi. Itu semua dugaan, kononnya lah. Tapi secara tak sedar, aku dah pun berdendam. Cuma aku menidakkan. Aku ingat aku seorang yang cukup baik untuk berdendam. Patutlah aku cemburu, cemburu dengan semua kebahagiaan yang orang bagi kat si dia. Aku rasa macam aku nak apa yang si dia dapat. Padahal semua orang tau, persekitaran si dia tak pernah sama dengan persekitaran aku. Aku memang jarang bersyukur. Itu satu benda yang aku akui sekarang. Selalu rasa tak puas, tak bebas. Padahal ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik berbanding aku. Agaknya banyak sangat pengaruh media. Dan, syaitan. Kalau Iman didada teguh, aku tak mungkin akan mempunyai perasaan hasad dengki. Walau sebesar hama. Apa guna dibibir menyebut Islam, tetapi perbuatan dan perasaan seperti menidakkan. Jahil.

Aku sayang, tapi selalu ungkit. Selalu ingat kisah silam. Padahal aku lebih teruk. Sekurang-kurangnya dia jujur, aku? Dalam diam. Pengecut. Segala benda yang berlaku kat aku, hanya Intan Faeqah je yang tau. Bila aku sedih, gembira, dalam kesusahan, marah. Dia tau. Aku tak pernah sembunyi apa-apa drpd dia. Dia buat aku rasa rahsia dan keadaan aku selamat. Hanya dia tau betapa teruknya aku ni sebenarnya. Tapi dia tak tegur, sebab dia tau, sejauh mana pun aku buat, aku takkan bertahan. I'll still stick to the one who always fill my heart with his love. Sebab itu memang kebiasaan. Aku suka, tapi tak pernah lama. Cepat bosan. Aku selalu buat kat orang, dan bila tiba masanya kena kat batang hidung sendiri, aku takboleh terima. Kenapa? Aku rasa aku cukup bagus untuk diperlakukan dan diperlekehkan seperti itu.

Ego, memang kuat. Malah semakin kuat. Kewujudan ego ni, aku taktahu nak salahkan siapa. Nak salahkan diri sendiri pun takboleh, bukan aku penyebab ego ini muncul dan jadi sekuat hari ini. Aku nak salahkan penyebab tercetusnya ego ni pun, takboleh. Maaf. Satu perkataan, erti yang mendalam. Perkataan yang hanya mampu ditaip, tetapi tidak mampu diungkapkan dengan hati yang ikhlas. Akal dan hati mendesak, tapi biasalah.. Ego tetap dengan pendiriannya. Padahal semuanya berlaku dalam jiwa aku. Tapi aku taktau nak dengar yang mana satu. Selam punya selam, akhirnya aku pilih ego. Yang kini sedang memakan diri. Dan sekarang barulah aku tau, yang semua ni salah aku. Pilihan dan keputusan yang aku rasakan betul berakhir dengan penyesalan yang tiada penghujung.


Dia dan si dia adalah dua individu yang berbeza.
Kepada yang mungkin akan faham, tolong buat-buat tak faham.
Kenyataannya aku malu.
Thanks.

xoxo, The Shining Star



Psst.

Alhamdulillah. Starting a new journey.

Disclaimer
The beginning of real adventure. In another words, life.
Tumblr | Twitter


my oppa

He kidnapped my heart. 사랑해 ♡

Back to past