Dashboard | +Follow
Welcome, people.
Like A Paradise
Ayam bandar -> Ayam kampung.
Sunday, March 11, 2012 • Sunday, March 11, 2012 • 0 comments

Selamat petang. Tekalah kita kat mana niiiiiiiii. Ye ah kat City Square yg skrg dok sibuk buat renovation. Terkejut beruk aku tengok separuh CS tu dah macam Kemayan City.... Hahaha siapa taktau Kemayan City kat mana duduk diam diam. Masa ni keluar dengan Nanad Adah dgn Izz. Disebabkan Nadia mempunyai duit yang sangat berkepok-kepok masa tu, aku pun dengan segala hormat dan baik hatinya, songlap lah der! Alaah tak banyak pun, setakat belanja makan Seoul Garden, apalah sangat. Korang jangan sebok nak tau harga total berapa. Terima kasih.

Cerita diatas berlaku pada minggu lepas. Sekarang aku kat kampung...... Kampung kat Senggarang, Batu Pahat. Alamat? Cari sendiri sampai jumpa. Duduk kampung memang best, tapi..... Penat. Biasalah, ayam bandar yang asyik tidur, baring, peram telur je, tetiba masuk kampung. Penat kot. Banyak gilos kerja yang kena buat. Pada aku rumah ni dah bersih dah, tapi pada diorang rumah ni kotor. Aku yang pengotor ke diorang yang pembersih sangat?

Aku takde hal pun sebenarnya nak buat kerja-kerja ni semua. Tapi masalahnya, rumah ni besar sangat. Lagi besar drpd rumah aku -_- Ceh, rumah aku bukannya besar sangat pun. Haha. Bila aku vacuum ruang tamu pertama dgn kedua, aku rasa macam vacuum satu rumah aku. Belum masuk enam bilik yang keluasannya sangat menyakitkan hati, dapur lagi, port belakang lagi. Lepas vacuum, mop. Pehhh. Ranap tulang empat kerat aku.

Lepastu, dah siap kemas semua, masak pulak. Ha part ni aku taktahan. Aku tau lah air tangan aku ni memang takboleh nak dipertikaikan, memang sedap, tapi penatlah woi. Memang lah bukan aku sorang je buat kerja, Ekin Nad pun ada, tapi aku penaaaaaaaaattttttttttt. Aku tak biasa buat kerja banyak-banyak macam ni. Haih, macamni lah gamaknya bila orang perasan bandar lah sangat ni balik kampung.

Eh, takbaik mengeluh. Halamak, dah termengeluh pulak. Cowylah. Heheheh.

Taknak kawan semua orang. Bye.

xoxo, The Shining Star



Psst.

Alhamdulillah. Starting a new journey.

Disclaimer
The beginning of real adventure. In another words, life.
Tumblr | Twitter


my oppa

He kidnapped my heart. 사랑해 ♡

Back to past