Dashboard | +Follow
Welcome, people.
Like A Paradise
Unforgettable memories.
Monday, December 12, 2011 • Monday, December 12, 2011 • 0 comments


Uwuwuuuu. Rindunya masa MSSM 2010 ni. Banyak kenangan. K, masa mula-mula memang ah cam havoc kan. Yalah, Timbalan Perdana Menteri datang kan. Rasa excited. Kitorang rehearsal banyak kali. Mula-mula kat STAR, then move on to Stadium Larkin. Kulit muka jangan kisah ah, sunburn habis. Aku bawak lotion SPF habis. Aku pakai, lepastu kawan mintak, lepastu orang sebelah kawan aku mintak, ha lepastu pass pass sampai kat tangan wa? Ringan terus. Macam nak nangis je masa tu. Aku punyalah beli semata-mata sebab ni, orang lain sedap je guna. Weh banyak pulak tu, sekali picit untuk aku pakai 3 hari! Dah ah malas nak cite buat sakit hati je. So sekolah aku paling banyak hantar orang, 80 kot? Entah yang penting atas 50 lah. Masa cikgu dengan senior train kat dewan sekolah, korang takkan pernah rasa kot pengalaman macam tu. Dimaki, dimarah, diherdik. Tak cukup kuat memang melalak kat situ. Senior memang garang gilos. Kau bayangkan, kitorang yang taktahu step ni kat bawah, senior dengan cikgu yang dah tahu step kat atas pentas, pantau. Siapa salah step, mampus. Malu gila, dahlah aku budak petang. Kena marah sia-sia je, pastu budak pagi sibuk duk ngintai drpd luar dewan T.T Malunya I. Oh sekolah saya ada dua sesi disebabkan pelajar yang over capacity. Biasalah, sekolah saya mana pandai macam sekolah awak kan.
K memula rehearse kat STAR, sumpah sempit. Nak muatkan semua SMK dekat Jb tu dekat satu dataran manalah muat. Masa takhujan rehearse kat padang, masa hujan kat dataran dia, masa kat padang tu dengan lecak lagi, memang tak selesa. Disebabkan ketidakselesaan itu I tak banyak perhatikan orang. In fact, memang tak peduli dengan persekitaran langsung. So masa nak rehearse Stadium Larkin omyjay I excited gila sampai pakai bedak 3 kali ganda lebih tebal drpd biasa. Weh taklah, gedik sangat tu. Masa ni saya belum gedik tahap sekarang ni so mata aku taklah meliar ke sana sini. Yelah bukan sekolah aku je ada, lebih 10 buah sekolah kut? Primary school pun ada. Tapi aku tak usha budak primary school ah :p Sekolah pertama saya detect ialah English College, sebab diorang main gendang. Hm gendang kan nama benda alah tu? Anyway, sebab EC memang terkenal dengan pelajar lelaki yang gorgeous so aku banyak lah perhatikan diorang. Mwehehe saya ada jumpa lelaki yang saya kenal x) Tapi tak tegur, sebab wa senyum je kat dia Hua gojes gila dia sekarang. Sekolah kedua yang saya detect ialah sekolah yang postionnya berdekatan dengan position saya. Smk mohd Khalid lebih dikenali sebagai Mokha. Dan disitulah pertama kali saya terpandang (lebih kepada mencari) seseorang. Bernama? Zaman ^.^ Ah k taknak cerita lebih lanjut, nanti ada individu marah. Masa rehearsal penat gilos, pagi sampai ke malam tu. Sape tak penat. Rehearsal bukan sekali weh, waktu matahari tengah terpacak tinggi pun kena rehearse. Cedihnyew, habis kulit muka saya yang mulus. Kalau korang tengok duration video kat atas ni 6:55 minit kan? Itu pun banyak yang dia skip. Sebenarnya kitorang berjoget tu lebih kurang 15 minit. Kau ingat senang ke menari tarian pembuka, Zapin Melayu, Cina, India, Sabah and Sarawak, penutup dalam satu masa?! Tak semput? Masa nak tukar postion drpd JOHOR ke MSSM ke 2010 tu lagilah, kena kejar timing. Apa lagi bila kena ulang banyak kali. Kalau lah satu hari buat 7 kali reherasal, 15 minit darab 7 berapa? *ambil calculator* Dapat 105. 105 minit kalau dtukarkan kepada jam? 1 jam 35 minit ye murid-murid. Sayalah un-official guru mathematic anda. 
Masa first day memanglah excited melebih, tapi masuk 3rd day dah rasa annoying. Penat sangat k! We dance non-stop. Waktu tu mulalah menyesal sebab take part... Tp bila dah last-last, rasa seronok, sebab trainer and cikgu-cikgu semua dah puji. Choreography kemas, apa semua lah. Ceh power up balik. Ye ah masa mula-mula tu asyik kena marah, sekolah mana yang macam tak terurus nanti cikgu yang pegang mic cakap "Tu sekolah mana yang pakai baju biru putih tu. Perling eh? Mana budaknya tu tak cukup lagi." lepastu cikgu kami mulalah ugut "Sekali lagi aku dengar nama perling naik korang siap" Naik bulu tengkuk. Hahaha. Eh bukan sekolah wa je k, sekolah lain pun ada. Kadang-kadang masa rehat or masa cikgu tengah bagi taklimat, nanti kitorang duduk lah kat postion masing-masing, masa rehat tu memang sangat dinanti-nantikan, sebab semua sekolah dicampur aduk. Masa JOHOR, postion wa dekat O sebelah J, tp ada sesetengah budak sekolah aku pergi H dgn O lg satu. Masa MSSM, aku kat S yg pertama. 2010? Aku kat 0 sebelah 2. Miow taksangka kan postion aku mesti dekat dengan Zaman. Itulah chance aku tengok muka dia masa tengah rehat. Ehehe *mukagatal.jpeg* Oh, FYI hanya sekolah kami je yang tidak memakai tudung, so kalau ada nampak yang takpakai tudung tu semua gang sekolah aku ah. Kalau nak cari wa memang tak jumpa sebab wa kat bahagian belakang-belakang. Susah kan jadi orang tinggi ni. Hahaha. Kalau korang perasan, masa part zapin, kami semua ada jerit "eeeaaa haaa" kan? Ada kan kan kan? Tu semua sekolah I start dulu. Actually masa train kat sekolah, cikgu kata macam boring je tgk kitorang, dengar bunyi muzik je, sejak drpd tu senior ah start buat bunyi "eeeea haa". So masa rehearsal kat Stadium, sebab kitorang dah terbiasa, kitorang pun buat lah bunyi tu sekali. Then sekolah lain ikut Hahaha kitorang semua gelak gila-gila kot masa dalam bas! Lepas dah habis show, memang aa sedihhhh T.T Tapi taksangka lepas show tu, berkat kesungguhan wa yang takboleh dihentikan ni, saya berjaya jumpa Myspace dia. Sayalah manusia paling bahagia. Gehehe tahun depan nak masuk kelab kebudayaan ah. Mesti ;) Aku bukan kelab kebudayaan pun, tp kalau  nak buat persembahan cikgu Lin offer jugak. Setakat kat sekolah ni, baru 2 kali je kut. AH, azam tahun 2012? Nak sibukkan diri dengan aktiviti sekolah supaya minda saya sentiasa terlekat kat sekolah dan tidak menerawang ke orang atau sekolah atau asrama yang tidak sepatutnya......... 
Hm dah sampai part sedih lah pulak. Its okay. Move on Azyan. Blah.


xoxo, The Shining Star



Psst.

Alhamdulillah. Starting a new journey.

Disclaimer
The beginning of real adventure. In another words, life.
Tumblr | Twitter


my oppa

He kidnapped my heart. 사랑해 ♡

Back to past