Dashboard | +Follow
Welcome, people.
Like A Paradise
Rare post.
Sunday, January 27, 2013 • Sunday, January 27, 2013 • 0 comments



Hi hello. Its been awhile~ So, last saturday. Mesyuarat Agung Kokurikulum 2013. Setiap tahun benda sama je la kan. Okay first was Kelab. Kelab Agama Islam. Aku malas nak masuk kelab yang fancy fancy cam photography pelancongan semua tu. Sebab aku kamcing dengan ustazah jewrs (yela tu). Aku pegang Setiausaha. Then, Sukan & Permainan. Aku tukar tahun ni. Last year masuk bola tampar sebab tak ramai, tapi tahun ni masuk bola jaring. Aku pegang Pengerusi -.- Sumpah pelik dan agak...... tak elok mencarut. Dah la baru masuk tahun ni, terus pengerusi. Okay ni nak cerita ni.

At first, cikgu suruh semua dak form 5 berdiri kat depan. Okay la berderet budak form 5 berdiri kat depan. Cam retis pun ada, konon bajet senior (aku je rasa macam tu). Lepas tu cikgu suruh budak yang wakil bola jaring B18 last year angkat tangan. Aku malas senanya nak angkat tapi dipaksa oleh Alyn. Amira diri sebelah aku. Amira ni terror main BJ. So aku memang expect dia la jadi BJ sebab dia je harapan, ceh. Aku pun kata la kat dia, "Ceh mira kau confirm la pengerusi" Dia pun tersipu sipu malu. Lol. Pastu cikgu suruh duduk balik. Nama first tercadang, Amira la kan. Tetibe, ada dak form 1 daripada hujung kelas menjerit, "cikgu cikgu yang tu. akak yang pakai baju kuning duduk depan tu" Gua. Eh aku dah buat muka gelabah sebab sumpah aku taknak. Tapi dak tu terus tunjuk je en. (insert cursing words) Kay la, lepas tu aku cam rileks sikit sebab tercalon je pun. Sah sah la Amira undian paling banyak. Then ada lagi dua orang tercalon. Dah ada 4 calon. Sekali masa undi, aku paling banyak. 53 kot? Amira 48 tak silap. Aku cam, bapak ah. Aku taktau pulak aku famous sampai camtu sekali hahahahahahahahaha. Aku dah tak sedap hati. Ye la mesti la ramai budak lain tak puas hati..... Aku ni bukan terror pun main. Masuk kelab tu baru tahun ni. Aku yang terasa baik ni pergi la jumpa cikgu. "cikgu, saya ni tak reti main pun. amira lagi terror. saya rasa dia lagi layak drpd saya." cikgu pun kata, "ni bukan soal reti tak reti. saya ikut majoriti. saya nak orang boleh buat kerja. saya tak kisah awak reti main ke tak." aku pun terdiam, dan akhirnya mengalah dan akur dengan apa jua keputusan. & dapat la rasa bahang bahang benci kat sekeliling. If you know what I mean.

After that, rumah kuning. Aku memang takkan pernah pegang apa apa sebab aku fail la bab bab rumah sukan. Memang tak pernah membanggakan. Aku mengaku haha. And, persatuan puteri islam. Kay yang ni agak kiciwa........ Sebab tak pegang apa apa. Aku memang target SU/Bendahari. Last year aku bendahari. Tapi tahun ni shera ambil title tu. Cis! Dak dak calon nama aku sebagai Setiausaha. tapi ustazah azlina kata, "yan tak boleh pegang SU lagi. yan dah ambil SU kelab agama islam. nanti penat dia pegang dua jawatan SU. SU banyak buat kerja." Aku pun tersenyum hambar.... Tapi okay la tu dah pegang dua. Jangan tamak. Fikir la orang yang tak ada jawatan tu lagi kesian.


Lepas tu balik. Siap siap pergi jamuan akhir tahun pengawas perpustakaan 2012. Kat Grand Bluewave Hotel. Gambar lebih lebih cikgu belum upload. Maybe sebab cameraman dua orang tu belum kasi cikgu memory card. Aku baru plan nak tunjuk seseorang.... Tapi takpe ah. Belum sampai masa. Tapi aku tak rasa dia bagi cikgu gambar kami berdua. Dia simpan sorang buat kenangan lol. The event went well. Really well. Kitorang, the librarians, nyanyikan lagu Kau Ilhamku for ex-pengetua. Memang ada dua event dibuat haritu. Satu, majlis persaraan puan pengetua. Dua, majlis pusat sumber tu la. Tapi tak campur & bilik asing asing. Bengang kot. Dah la bilik tu dipenuhi oleh semua cikgu cikgu, lepas nyanyi pulak sorang sorang pergi salam pengetua. Kay then kitorang pergi bilik untuk pengawas balik. Dah makan makan, cikgu punya event dah habis. So cikgu library pergi bilik kitorang, buat aktiviti pulak. Aku tak banyak pun cakap dengan dia. Sikit je. Aku tak tahu siapa yang segan dengan siapa. Haha. Tapi aku rasa banyak gila gambar aku dalam camera dia. Kebanyakan candid. Urgh dah la pakai flash. Mentang mentang flash mahal. Habis nampak semua jerawat. Nasib baik diterima seadanya hahahahaha. Lek lek lu. Hubungan takat senior dengan junior je.

Aku ni, susah nak sayang orang. It takes time. More than a year, mostly. Suka belambak. So, selagi aku masih sayang, manfaatkan. Jangan nanti, nasi dah jadi bubur, baru menyesal.

Adios.

xoxo, The Shining Star



Psst.

Alhamdulillah. Starting a new journey.

Disclaimer
The beginning of real adventure. In another words, life.
Tumblr | Twitter


my oppa

He kidnapped my heart. 사랑해 ♡

Back to past