Dashboard | +Follow
Welcome, people.
Like A Paradise
first day
Wednesday, January 2, 2013 • Wednesday, January 02, 2013 • 0 comments

Assalamualaikum....

Harini hari pertama sekolah. 2nd January 2013 :) Quite okay lah. Tahun ni dah ganti pengetua baru. Pn. Hajah Maimon dah pencen. Ku kenang mu dalam ingatanku puan pengetua hehe. Siapa yang sekolah skudai kenal kot, sebab dia daripada sekolah sana. Tak ingat lah nama pengetua baru ni, tapi perempuan. Dah dia sangat lah punctual orangnya. Kalau pengetua sebelum ni, suka buat perhimpunan tu ala ala ceramah. So kadang kadang masa first P&P burn gitu je sebab lama benor dia cakap. Tapi pengetua ni, cakap apa yang perlu je. Lepas tu, kalau tak ada pengumuman lagi, terus masuk kelas. Aku tak sangka hari pertama, perhimpunannya sesingkat itu..... 

Kelas? Di kawasan yang terpencil. Haha tak la terpencil, tapi kelas jiran yang lain jauh sikit. Kelas aku special sikit. Kena bukak kasut kalau nak masuk. We ols pakai carpet. Harapnya tak ada lah bau stokin menjelang bulan bulan yang akan datang. Memula agak excited la jugak kan kelas macam tu. Sebab itu je la bilik yang perlu dibuka kasut selain bilik pendidikan khas, bilik peperiksaan, bilik solat, pusat sumber & kaunseling. Tapi leceh je. Bayangkan la, kalau dah nak terkucil nak g tandas, nak pakai kasut lagi. Kasut dah la kasut tali. Menyesal betul. Kalau tahu beli kasut sarung je. Ada jugak terkucil kat situ T_T Kitorang pun selalu pergi science lab. Eh memang leceh ah. Dah la tak ada jiran. Sedih. Kalau dulu, lalu sebelah kanan, ada sains 1. Ada amar imah rina semua lah. Lalu sebelah kiri, K2. Ada azhar ezhan hamdan falin tu semua. Dah tak ada member nak tersadai di koridor. (first day lagi niat dah tak betul)

Kalini punya susunan kelas, agak pelik. Aku rasa dia sengaja je taknak semua kelas form 5 duduk sederet & satu bangunan. Kelas sains 1 memang terceruk kat bangunan lab. Memang satu je kelas kat situ, lain semua lab. Ha memang sesuai sangat lah tu. Kelas tu memang belajar je kan. Lagi dorang suka terpencil kat belakang lol. Sains 2 kat tingkat bawah. Kelas aku kat tingkat 3. Sains 4 sederet aku tapi selang 1 kelas. Kelas K tu semua kat bangunan baru. Itu pun dorang tak duduk sederet mengikut urutan kelas. Agaknya dorang dah tahu kelas sains & K1 K2 kalau duduk sederet memang takdo hasil sebab masa form 3, kebanyakkan yang geng geng semua dekat dalam kelas kelas tu hoho. Apapun, sedih. Tapi lek je. Nak spm kan. And, terasa pelik sebab dah jadi senior. Terasa diri ni macam form 4 lagi. Dah naik form 5, senior tahun lepas dah tak ada. Tak dapat jumpa dia lagi hwmmm. Nak dating kat luar memang lepas pun kan. -.-

Aku jadi bendahari lagi. Eh seronok gila. Tak tahu nak cakap mcm mana. AKU BENCI LA AKU BENCI. Ni semua salah hong wee!!! Nasib baik comel. Aku terus terang, aku memang tak suka pegang duit banyak banyak. Berat k tanggungjawab pegang duit orang. Setakat duit kelas boleh ah. Ni duit physics bio chemist sejarah semua tu lagi. Nak suruh aku mampus ke?! Subject PA biar budak dorang settle ah. Aku dah drop jangan mengada suruh aku pegang duit PA. Tahun lepas dah cukup kusut. Tak sangka tahun ni kusut dengan duit lagi. Kalau hilang tu..... potong jari. Classmates tahun ni, melayu dengan chinese seimbang x) Tahun lepas kan melayu sikit gila. Tapi tengok semua macam pendiam je. Madah aku ziqa alyn eyaa dengan chinese je bising. Malu hehehe

Cikgu-cikgu tahun ni, banyak yang daripada tahun lepas. Alhamdulillah x) Sebab dah kenal cikgunya, dah tahu perangai cikgu. So senang sikit nak bagi kerjasama heheh. Tak ada yang garang sangat pun. Yang strict pun ada la sorang dua cikgu. Tapi strict dalam kelas je. Seronok sebenarnya sebab cikgu tak garang. Tapi tak bermakna boleh pijak kepala cikgu. Haip. Tadi en masa rehat macam biasa amar datang kat port kitorang hee rinduuuu. Daripada jauh dah cakap "yayan~" Aku taktau asal tapi aku suka gila kalau dengar dia panggil aku camtu. Dia panggil cam ada irama tau. Seolah macam aku ni comel bila dia panggil camtu hahahahahahahahaha k perasan. Tapi memang aku suka ah. Sebelum korang assume anything, no, I'm not in love with him. Tadi masa balik, ada la nampak azhar shaheer ezhan semua lepak kat kantin. Siapa lalu sebelah meja dorang lagi. Tapi aku tak pandang pun. Segan gila. Taktau asal hehe dah lama tak jumpa kot. Nak pandang pun macam nervous. Ni la jadi kalau dah lama tak jumpa. Memang dah faham sangat dengan syndrome aku ni. Nervous tak memasal. Padahal kawan je.

So ni jeh yang terjadi masa hari pertama sekolah. Tak ada la menarik sangat pun. Aku update ni pun sebab ada orang suruh aku update selalu. Almaklum la dia kat asrama kan. Hm rindu..... Eh, lek ah. Tahan lagi 10 bulan. Tak lama pun x)

Adios amigos

xoxo, The Shining Star



Psst.

Alhamdulillah. Starting a new journey.

Disclaimer
The beginning of real adventure. In another words, life.
Tumblr | Twitter


my oppa

He kidnapped my heart. 사랑해 ♡

Back to past